Sebelum kita pergi lanjut kepada cara pengurusan uri, ingin saya perkenalkan kepada anda apakah dia Uri?
APAKAH URI?
Uri di dalam bahasa arab disebut اَلْمَشِيمَةُ. Di dalam bahasa saintifiknya ia di sebut sebagai plasenta. Uri adalah sesuatu yang keluar sejurus selepas bayi dilahirkan dan bersambung dengan tali pusat.
URI MENURUT PANDANGAN ISLAM
Menurut Dato' Ismail Kamus et all.. (6 - 7: 2013), uri berfungsi sebagai alat yang membekalkan makanan dan oksigen kepada bayi di dalam kandungan. Menurut pandangan Islam, uri adalah suci. Ia bukan najis dan tidak boleh dijual atau diperdagangkan. Kerana itulah uri perlu ditanam dan diuruskan dengan baik.
Perkara ini telah disebut oleh Rasulullah SAW melalui hadis yang bermaksud :
"Diriwayatkan daripada Aisyah r.ha. bahawa Nabi SAW telah menyuruh untuk menanam tujuh perkara daripada (anggota badan) manusia : rambut, kuku, darah, darah haid, gigi, uri dan kulup".
Menanam uri hukumnya harus. Menanam uri dengan baik adalah untuk memastikan kebersihan dan kesucian uri terjaga.
TUJUAN MENANAM URI
Uri harus dibersihkan dan ditanam untuk mengelakkan daripada digonggong dan dimakan oleh haiwan. Penanaman uri juga bertujuan untuk memelihara dan tanda menghormati anggota tubuh badan manusia ciptaan Allah SWT.
CARA MEMBERSIH DAN MENANAM URI
Sebenarnya cara membersih dan menanam uri hanyalah dibasuh dengan air bersih. Kemudian tanamkan uri dengan baik agar tidak dapat dihidu oleh binatang seperti kucing dan anjing.
Adalah
diharuskan membasuh uri dengan asam dan garam sebelum ditanam bagi
menghilangkan bau uri tersebut dan mengelakkan ia dihidu oleh haiwan.
MENGELAKKAN
PERKARA-PERKARA KHURAFAT DAN TAHYUL
Kepercayaan,
amalan karut dan khurafat masih terdapat di dalam masyarakat Islam khususnya di
Malaysia. Berikut adalah antara amalan karut dan khurafat yang selalu
dilakukan (Dato’ Ismail Kamus et all…, 7: 2013) :
- Menanam uri bersama pensil dan buku agar bayi tersebut akan menjadi bijak dan pandai.
- Menyalakan unggun api berhampiran tempat uri ditanam kerana bimbangkan bayi itu akan kesejukan pada waktu malam.
- Menanam uri bersama duit syiling agar suatu hari nanti anak tersebut akan menjadi kaya.
- Meletakkan lilin dan pelita di kawasan uri yang ditanam dengan keyakinan supaya bayi tersebut tidak akan kembung perut pada sebelah malam atau ketika hujan.
- Meletakkan paku dan benda-benda tajam bersama uri yang ditanam bagi mengelakkan uri tersebut daripada didekati makhluk halus.
Firman
Allah SWT di dalam Surah
An-Nisa’ 4: 48 yang bermaksud :
Sesungguhnya
Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu
apajua), dan akan mengampunkan dosa Yang lain dari itu bagi sesiapa Yang dikehendakiNya
(menurut aturan SyariatNya). dan sesiapa Yang mempersekutukan Allah (dengan
sesuatu Yang lain), maka Sesungguhnya ia telah melakukan dosa Yang besar.
Marilah
bersama kita melakukan sesuatu perkara berdasarkan ilmu dan kefahaman yang
sebenar supaya kita tidak tergolong dalam golongan orang yang menyekutukan
Allah SWT.
Dato' Ismail Kamus & Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid (2013), Indahnya Hidup Bersyariat Modul Fardu Ain Diri, Keluarga dan Masyarakat Sepanjang Hayat. Kuala Lumpur:Telaga Biru Sdn. Bhd.
PENULIS :
Nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu iEta
- Suri Rumah sepenuh masa.
- Lepasan Pondok dan UTMSpace.
- Mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Resign sebab sakit kronik Slipped Disc.
- Sambilan isi masa lapang berniaga, Freelance Blogger, Social Media Expert Coach & Speaker Digital Marketing.
MINIGRAM
SocMed & WEBLOG
No comments:
Post a Comment