Monday, October 28, 2013

MASBUK

Assalamu'alaikum. Dah lama saya tidak menulis tentang bahan ilmiah. Hari ini saya akan berkongsi tentang Masbuk.

PENGERTIAN MASBUK

Masbuk bermaksud makmum yang ketinggalan iaitu makmum yang tidak sempat atau tidak mendapat masa yang cukup untuk membaca al-Fatihah bersama imam.

SEBAB-SEBAB MASBUK

1. Disebabkan semasa anda masuk solat berjemaah, imam sedang rukuk atau hampir-hampir akan rukuk.

    • Jika dalam keadaan begini, sekiranya anda mendapati imam sedang rukuk, maka hendaklah anda terus bertakbir serta niat dan setelah berdiri sebentar (lamanya berdiri dalam kadar bacaan Subhanallah). Kemudian, teruskanlah rukuk bersama imam.
2. Jika anda dapat berhenti bersama imam semasa rukuk, maka pada saat itu sudah dikira satu rakaat walaupun tidak membaca surah al-fatihah. 
    • Tahukah anda orang yang masbuk, al-fatihahnya ditanggung oleh Imam.
3. Sekiranya anda sempat berdiri bersama imam dalam masa yang singkat, hendaklah anda membaca al-fatihah sekadar mana yang dapat dan teruskan mengikut imam waktu imam rukuk dengan syarat dapat berhenti bersama imam dalam rukuk itu.


Sumber : 
Dato' Ismail Kamus & Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid (2013), Indahnya Hidup Bersyariat Modul Fardu Ain Diri, Keluarga dan Masyarakat Sepanjang Hayat. Kuala Lumpur:Telaga Biru Sdn. Bhd.


1 comment: