Tuesday, February 17, 2015

SOAL JAWAB SUBJEK ISU SEMASA SAINS HAYAT

SOAL JAWAB SUBJEK ISU SEMASA SAINS HAYAT 

1. Banding beza antara sel haiwan dengan sel tumbuhan (sertakan dengan lukisan)

SEL TUMBUHAN
SEL HAIWAN
1.     Biasanya lebih besar berbanding sel haiwan.
2.     Mempunyai bentuk yang tetap.
3.   Mempunyai dinding sel yang terdiri daripada selulosa.
4.   Mempunyai pigmen klorofil yang tidak ada dalam sel haiwan.
5.     Mempunyai vakuol.
6.  Menyimpan tenaga dalam bentuk biji (granul) kanji.
1.  Sel haiwan tidak mempunyai bentuk yang khusus.
2.     Tidak mempunyai dinding sel.
3.     Tidak mempunyai pigmen klorofil.
4. Tidak mempunyai vakuol kecuali pada haiwan unisel peringkat rendah.
5. Menyimpan makanan dalam bentuk biji (granul) glikogen.



ISU SEMASA SAINS HAYAT, Banding beza antara sel haiwan dengan sel tumbuhan, SEL TUMBUHAN, SEL HAIWAN, aplikasi Osmosis dalam kehidupan seharian, Penyerapan air oleh akar tumbuhan, Penyimpanan makanan secara pengeringan dan menjeruk, Proses Penjerukan, Proses pengeringan, Tumbuhan mati akibat terlebih baja atau garam, Proses dialisis, Pengeringan (dehydration) badan akibat minum air laut, Reverse osmosis, Osmosis terbalik, bagaimana karbohidrat dan protin dicernakan bermula dari mulut sehingga diserap di usus kecil, enzim yang terlibat dan hasil-hasil setiap proses pencernaan, lima fungsi asas sistem percernaan manusia,



2. Jelaskankan secara ringkas aplikasi Osmosis dalam kehidupan seharian berikut:
(a) Penyerapan air oleh akar tumbuhan
Tanaman memerlukan air dari dalam tanah. Air tersebut diserap oleh tanaman melalui akar. Tanaman mengandung zat-zat terlarut sehingga konsentrasinya lebih tinggi daripada air di sekitar tanaman sehingga air dalam tanah dapat diserap oleh tanaman.

 (b) Penyimpanan makanan secara pengeringan dan menjeruk

Proses Penjerukan :
·     Makanan direndam dalam larutan cuka atau larutan gula pekat. Ia bertujuan untuk memastikan bakteria atau kulat tidak boleh hidup dalam larutan cuka (asid) dan larutan gula pekat.
·       Rasa makanan berbeza dan kurang berkhasiat.

Proses pengeringan :
·       Air akan hilang dari makanan dan mikroorganisma akan mati atau tidak aktif.
·       Terdapat dua cara untuk mengringkan makanan iaitu :
o   Mengeringkan makanan di bawah cahaya matahari yang terik.
o   Memanaskan makanan pada suhu yang tinggi.
Keburukan : makanan menjadi kurang berkhasiat kerana setengah zat mungkin hilang semasa proses itu.  
 Contoh : Ikan kering, cili kering dan buah-buahan.

(c) Tumbuhan mati akibat terlebih baja atau garam
·       Penggunaan baja kimia secara berlebihan boleh menyebabkan tumbuhan menjadi layu.
·      Baja akan melarut di dalam air dalam tanah dan menyebabkan air tanah menjadi hipertonik terhadap sap sel akar tumbuhan.
·       Air meresap daripada sap sel ke dalam tanah secara osmosis.
·     Sel tumbuhan akan kehilangan air ke persekitaran, menyebabkan sel menjadi flasid dan mengalami plasmolisis.
·       Ini menyebabkan tumbuhan mati kerana tiada sokongan kepada tumbuhan.

(d) Proses dialisis
  • Rawatan Hemodialis ialah kaedah darah pesakit dialirkan melalui mesin buah pinggang buatan yang dihubungkan dengan sistem peredaran pesakit untuk mengeluarkan sisa-sisa perkumuhan tubuh.
  • Darah yang bersih seterusnya akan dikembalikan kepada tubuh selepas proses penapisan selesai, manakala kreatinina, urea dan sisa perkumuhan lain dan bendalir berlebihan akan disingkir daripada darah melalui proses resapan dan osmosis.
  • Rawatan ini biasanya dilakukan di hospital atau pusat dialisis sebanyak tiga kali seminggu selama empat hingga lima jam bagi setiap sesi.

(e) Pengeringan (dehydration) badan akibat minum air laut
·       Air laut adalah hypertonic bagi sel tubuh manusia, sehingga minum air laut boleh menyebabkan dehidrasi.

2.     Terangkan apa itu RO dan kegunaan RO dalam kehidupan harian hari ini
Reverse osmosis (RO) ataupun Osmosis terbalik adalah suatu kaedah penyaringan yang dapat menyaring berbagai molekul besar dan ion-ion dari suatu larutan dengan cara memberi tekanan pada larutan ketika larutan itu berada di salah satu sisi membran seleksi(lapisan penyaring). Osmosis terbalik amat diperlukan untuk merawat air minuman kerana terdapat banyak pencemaran yang wujud di dalam sumber bekalan air.


3. Jelaskan bagaimana karbohidrat dan protin dicernakan bermula dari mulut sehingga diserap di usus kecil. Sertakan jawapan anda dengan menamakan semua enzim yang terlibat dan  hasil-hasil setiap proses pencernaan.

Karbohidrat dan protin dicernakan melalui lima fungsi asas sistem percernaan manusia bermula dari mulut ke dalam perut seterusnya melalui penyerapan di usus kecil melalui cara berikut :

PENGINGESAN
• Pengambilan makanan ke dalam badan
• Berlaku penghuraian makanan daripada bentuk kompleks kepada bentuk lebih kecil.
PERISTALSIS
• Proses ini bergerak di sepanjang salur percernaan melalui pengecutan otot.
• Makanan yang dimakan dari mulut akan disalurkan sehingga ke anus.
PENCERNAAN
• Proses percernaan ini boleh dilihat dari dua aspek iaitu secara fizikal dan secara kimia.
PENYERAPAN
• Menyerap makanan yang terlarut ke dalam salur darah seperti karbohidrat dan protein.
• Vitamin. Garam mineral dan air turut diserap ke dalam tubuh badan.
PENINJAAN
• Proses ini berlaku di anus yang mana akan berlakunya penyingkiran makanan yang tidak dicerna dari badan.

Enzim yang terlibat dan hasil-hasil setiap proses adalah seperti berikut :
·       Enzim pepsin menghidrolisiskan protein kepada polipeptida besar Protein dan air pepsin Polipeptida besar.
·       Enzim renin mengentalkan susu, iaitu kaseinogen (protein susu larut) ditukarkan kepada kasein (protein susu tidak larut). Kasein seterusnya dicernakan oleh enzim pepsin renin Kaseinogen Kasein.


PROSES PENGURAIAN KARBOHIDRAT
Berlaku di dua bahagian tubuh badan iaitu di mulut dan usus kecil.
  • Kelenjar parotid yang terdapat di dalam rongga mulut akan merembeskan enzim amilase untuk bertindak balas dengan makanan berkarbohidrat yang telah dimakan.
  • Karbohidrat ditukarkan menjadi laktosa, maltose dan sukrosa .
  • Laktosa, maltose dan sukosa ini masih bersaiz besar.
  • Enzim maltase, sukrase dan lactase menghidrolisiskan molekul ini menjadi lebih kecil supaya boleh diserap oleh badan.
    Proses penguraian ini berlaku dengan : 
  • Enzim maltase menghidrolisikan maltose kepada glukosa. 
  •  Enzim sukrase menghidrolisikan sukrosa kepada glukosa dan fruktosa. 
  •  Enzim laktase pula menghidrolisikan laktosa menjadi galaktosa dan glukosa.
 ISU SEMASA SAINS HAYAT, Banding beza antara sel haiwan dengan sel tumbuhan, SEL TUMBUHAN, SEL HAIWAN, aplikasi Osmosis dalam kehidupan seharian, Penyerapan air oleh akar tumbuhan, Penyimpanan makanan secara pengeringan dan menjeruk, Proses Penjerukan, Proses pengeringan, Tumbuhan mati akibat terlebih baja atau garam, Proses dialisis, Pengeringan (dehydration) badan akibat minum air laut, Reverse osmosis, Osmosis terbalik, bagaimana karbohidrat dan protin dicernakan bermula dari mulut sehingga diserap di usus kecil, enzim yang terlibat dan hasil-hasil setiap proses pencernaan, lima fungsi asas sistem percernaan manusia,

 
PROSES PENGURAIAN PROTEIN
Pencernaan protein berlaku di dua tempat iaitu di perut dan usus kecil.
Perut :
  • Jus gastrik akan dirembeskan oleh dinding perut yang mana jus ini mengandungi gabungan asid hidroklorik dan beberapa enzim pencernaan protein (renin dan pepsin). 
  • Protein dengan tindak balas pepsin akan menguraikan protein kepada molekul polipeptida besar.
·       Enzim renin ini akan menukarkan protein susu (kaseinogen) kepada kasein

Usus kecil :

  • Enzim pancreatic amylase dirembeskan oleh organ pankreas. 
  •  Enzim pancreatic amylase iaitu tripsin bertindak balas ke atas polipeptida besar dan menukarkannya kepada polipeptida kecil dan peptide kecil.

·       Dengan tindak balas brush border enzymes seperti aminopeptidase, carboxypeptidase dan dipeptidase ke atas polipeptida kecil dan peptide kecil akan menghasilkan produk akhir pencernaan protein iaitu amino asid.
 ISU SEMASA SAINS HAYAT, Banding beza antara sel haiwan dengan sel tumbuhan, SEL TUMBUHAN, SEL HAIWAN, aplikasi Osmosis dalam kehidupan seharian, Penyerapan air oleh akar tumbuhan, Penyimpanan makanan secara pengeringan dan menjeruk, Proses Penjerukan, Proses pengeringan, Tumbuhan mati akibat terlebih baja atau garam, Proses dialisis, Pengeringan (dehydration) badan akibat minum air laut, Reverse osmosis, Osmosis terbalik, bagaimana karbohidrat dan protin dicernakan bermula dari mulut sehingga diserap di usus kecil, enzim yang terlibat dan hasil-hasil setiap proses pencernaan, lima fungsi asas sistem percernaan manusia,


RUJUKAN
Nalini T. Balachandran (2012 ), Ekspres Biologi Tingkatan 4. Johor Darul Takzim: Pelangi Publishing Sdn Bhd.
  1. Laman sesawang : Nortex (2010), PerbezaanSel Haiwan & Tumbuhan Struktur Sel diakses pada 2.30 pagi 14/02/2015.
  2. Laman sesawang : Zaitie Satibi (2014), Rawat pesakit ginjal tahap akhir diakses pada 3 :07 pagi 14/02/2015.