Sunday, September 15, 2013

ULUM HADITH : HADITH QUDSI

As salam. Moga bermanfaat perkongsian secara berperingkat dari saya ini.

HADITH  QUDSI

Pengertian

Sesuatu yang dikhabarkan oleh allah swt kepada nabi muhammad dengan cara ilham atau mimpi, dan kemudian  nabi muhammad menyampaikan makna dari ilham atau mimpi dengan ucapan baginda sendiri.

Contoh:
قال صلى الله عليه وسلم يقول الله عزوجل من جاء بالحسنة فله عشرامثالها اوازيه من جاء بالسيئة فجزاء سيئة سيئة مثلها اواغفر
Ertinya 
Rasulullah saw: bersabda, Allah swt, telah berfirman sesiapa yang melakukan  kebaikan, dia berhak menerima balasan sepuluh kali ganda atau lebih; sedangkan sesiapa yang melakukan kejahatan maka balasannya yang sepadan dengan kejahatan yang dilakukan atau Aku ampunkannya

Perbezaan Diantara Hadis Nabi dan Hadis Qudsi
  1. Hadis Nabi disandarkan kepada diri Rasulullah sendiri, sedangkan Hadis Qudsi disandarkan kepada Allah walaupun ianya diriwayatkan oleh baginda.
  2. Hadis Nabi sebahagiannya merupakan wahyu dan sebahagiannya adalah ijtihad Nabi saw, manakala Hadis Qudsi semuanya wahyu dari Allah. 
  3. Hadis Nabi; lafaz, maksud dan susunan ayatnya adalah  dari Rasulullah sendiri. Hadis Qudsi maksudnya dari Allah, tetapi lafaz dan susunan ayat adalah dari Nabi Muhammad.
  4. Hadis Nabi; berkaitan dengan kepentingan manusia seperti hukum halal haram, taat, balasan syurga dan neraka. Hadis Qudsi kebiasaannya membicarakan tentang keagungan,kemuliaan dan sifat-sifat Allah.
  5. Bilangan Hadis Nabi, banyak jika dibandingkan dengan Hadis Qudsi.
  6. Hadis Nabi dimulakan dengan قال رسول الله (Rasulullah bersabda) Hadis Qudsi dimulai dengan 
قال  رسول الله قال الله تعالى    atau قال رسوله عنه فيما رواه الله تعالى 


 Perbezaan di antara Hadis Qudsi dan Al-Quran
  1.  Hadis Qudsi maknanya adalah wahyu dari Allah dan lafaznya dari Nabi Muhammad saw; manakala Al-Quran, lafaz dan maknanya adalah wahyu Allah swt.
  2. Membaca Al-Quran mendapat pahala manakala Hadis Qudsi tidak.
  3. Penentuan Hadis Qudsi tidak dengan secara mutawatir, sedangkan Al-Quran dengan secara mutawatir.
  4. Hadis Qudsi bukan mukjizat dan tidak terpelihara dari kepalsuan. 
  5. Hadis Qudsi boleh diriwayatkan dengan makna.
  6. Mengingkari Al-Quran hukumnya kufur, tetapi tidak sedemikian hukumnya mengingkari Hadis Qudsi yang bukan mutawatir.

No comments:

Post a Comment