Monday, September 9, 2013

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

Assalamu'alaikum. Ini merupakan tugasan individu saya pada semester pertama untuk subjek Falsafah Pendidikan Islam. Masa ini baru lagi belajar. Jadi main redah sahajalah apa yang saya nak taipkan. Alhamdulillah lulus dengan jayanya... Moga bermanfaat

Soalan : Falsafah pendidikan bagi satu sistem pendidikan harus dibina berdasarkan pertimbangan terhadap aspek metafizik, epistemologi dan aksologi. Jika anda dipertanggungjawabkan untuk menggubal suatu falsafah pendidikan, huraikan dengan terperinci bagaimana anda mempertimbangkan ketiga-tiga aspek tersebut untuk mendapatkan suatu falsafah pendidikan yang unggul. Kemudian dengan memberikan contoh yang jelas terangkan bagaimana falsafah pendidikan ini dapat digunakan bagi mengajar satu mata pelajaran. Untuk memantapkan huraian, anda boleh menjalankan kaji selidik di sekolah-sekolah.

PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Sebelum Merdeka

Sistem Pondok dan Pendidikan Vernakular
  • Dasar pecah dan perintah merupakan bentuk sistem pendidikan pada masa ini.
  • Tiada penyatuan antara penduduk bandar dengan luar bandar lebih-lebih lagi antara kaum.
  • Sistem ini terus berkembang tanpa mengambil kira soal keperluan kpd pembangunan tanah air, pembentukan identiti kebangsaan, perpaduan rakyat dan kemanusiaan.
  • Sistem ini mengekalkan tumpuan taat kepada negara masing-masing.

Laporan Cheeseman
Mr H.R Cheeseman, Timbalan Pengarah Pendidikan pada tahun 1938 telah membuat satu laporan tentang kurikulum sekolah Inggeris dan vernakular. 

Cadangan beliau ialah:
1. Menambahkan sekolah tukang dan memperbaiki kurikulum bagi sekolah-sekolah tersebut supaya sekolah tersebut akan dijadikan Sekolah Teknik Rendah.
2. Kurikulum Bahasa Inggeris hendaklah memasukkan mata pelajaran ‘amali’ seperti pertukangan bagi lelaki dan sains rumah tangga bagi perempuan.
3. Masukkan mata pelajaran Sains. Bahasa Inggeris sebagai matapelajaran wajib di semua sekolah vernakular.
4. Sekolah perdagangan di pusat bandar besar yang lulus Peperiksaan School Certificate.
5. Melantik pengelola sekolah vokasional.
6. Pendidikan asas dalam semua bahasa pengantar, diberi secara percuma.

Laporan Barnes
Jawatankuasa mengenai pendidikan Melayu yang dipengerusikan oleh En L.J.Barnes,  Pengarah Bahagian Latihan Sosial University Oxford pada tahun 1950 telah membuat penyelidikan yang bertujuan untuk memperbaiki pendidikan bagi orang Melayu
Cadangan beliau ialah :
  1. Melibatkan rombakan sistem pendidikan.
  2. Menubuhkan sekolah-sekolah dwibahasa dgn Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar.
  3. Sekolah-sekolah vernakular : Melayu, Cina dan Tamil ditukar secara beransur-ansur kepada Sekolah kebangsaan
  4. Mengkaji dan memperbaiki pendidikan bagi orang Melayu.
  5. Memperluaskan peluang pendidikan bagi anak melayu.
Laporan Fenn-Wu
Pengerusi jawatankuasa pendidikan Cina Dr Fenn & Dr Wu bersama Setiausaha Kerja Bersekutu kepada Lembaga Amanah bagi beberapa buah universiti di China dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada tahun 1951 telah membuat laporan yang bertujuan untuk melayani kehendak masyarakat Cina yg menganggap laporan Barnes sebagai percubaan menghapuskan bahasa dan budaya orang-orang Cina. Mereka telah mencadangkan supaya memperakukan pengekalan dan pembaikan sekolah-sekolah Cina.
Kesan daripada laporan ini, kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Penasihat Pusat mengenai pendidikan dengan tujuan utk mengkaji cadangan kedua-dua laporan dan mencari satu kompromi daripada kedua-dua pendapat.
Cadangan mereka yang dikenali sebagai Ordinan Pelajaran 1952 yang mempunyai ciri-ciri penting berikut :
- memajukan sistem sekolah kebangsaan dengan pengenalan unsur dwibahasa kepada sekolah-sekolah vernakular.
- mengadakan 3 bahasa kepada sekolah vernakular melalui bahasa kebangsaan.
- mengekalkan sekolah aliran jenis kebangsaan (inggeris) yang sedia ada.
- mengembangkan sekolah-sekolah vokasional
Selepas Merdeka
Laporan Razak
Sebagai memenuhi janji pilihanraya supaya mengkaji semula dasar pendidikan. Jawatan Kuasa Khas dibentuk pada tahun 1956. Dipengerusikan oleh Dato’ Abdul Razak Hussein,Menteri Pendidikan ketika itu yang bertujuan :
1. Menyemak dasar pendidikan Persekutuan Tanah Melayu dan membina satu sistem pendidikan kebangsaan.
2. Mengkaji semula struktur pendidikan negara
Cadangan-cadangannya ialah :
1. Mengadakan sukatan pelajaran dan jadual waktu yang sama bagi semua jenis sekolah.
2. Menubuh satu jenis sekolah menengah kebangsaan
3. Menukar sekolah rendah kepada sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan
4. Menyusun semula pendidikan teknikal
Setelah bermesyuarat sebanyak 8 kali, laporan itu telah diterima oleh Parlimen pada 16 Mei 1956.

Laporan Abdul Rahman Talib
Kajian pelaksanaan dasar pendidikan kebangsaan pada Februari 1960 yang telah dipengerusikan oleh Encik Abdul Rahman Talib (Menteri Pendidikan) yang bertujuan untuk :
1. Mengkaji dasar pendidikan yang telah diterima pada 15 Mei 1956
2. Mengkaji pelaksanaannya pada masa kini dan akan datang.
3. Implikasi kewangan tentang dasar ini, termasuk pendidikan rendah percuma.

Laporan ini diterima oleh Parlimen dan menjadi Akta Pendidikan 1961.
Antara perakuan utama :
-Pendidikan rendah percuma
- kenaikan darjah secara terus hingga tingakatan 3
- peperiksaan darjah 5
- memajukan pendidikan teknik dan vokasional

Laporan Kabinet
Setelah satu dekad sejak 1960 satu jawatankuasa dipengerusikan Tun Dr Mahathir Mohamed (Menteri Pendidikan) untuk mengkaji semua matlamat dan kesannya sistem pendidikan sekarang, termasuk kurikulum, dalam rangka dasar pelajaran kebangsaan yang wujud, dgn tujuan utk memastikan bahawa keperluan tenaga rakyat dapat dipenuhi sama ada dari jangka pendek mahupun jangka panjang dan memastikan sistem pelajaran itu dapat memenuhi matlamat negara ke arah melahirkan masyarakat yang bersepadu, bersidiplin dan terlatih.

Antara cadangan penting ialah pendidikan rendah, pendidikan menengah, latihan perguruan, politeknik, perkhidmatan bimbingan dan kerjaya, pendidikan khas dan pendidikan moral dan etika.

Laporan Semasa Akta Pendidikan 1996, yang juga dikenali juga sebagai Rang Undang-undang Pendidikan perlu penambahbaikan iaitu :
1. Kurikulum untuk tadika wajib oleh semua tadika
2. Pendidikan rendah antara 5 – 7 tahun
3. Pendidikan Khas
4. Maktab Perguruan mengadakan kursus Ijazah , Diploma/Sijil

Sekolah Bestari
Sebagai memenuhi tuntutan di masa akan datang dalam melahirkan pekerja ilmu yang bermaklumat, mahir, berketrampilan dan mempunyai etika yang positif.

Pelaksanaan Pengajaran dan  Pembelajaran kurikulum menggunakan kemudahan teknologi yang terkini mampu untuk memperkembangkan potensi pelajar dalam pelbagai aspek melibatkan intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Sekolah Wawasan
-        Diwujudkan bagi mengeratkan perpaduan kaun di negara ini.
-        Berkonsepkan 3 aliran iaitu SK, SJKC dan SJKT yang ditempatkan dalam satu kompleks.
-        Setiap sekolah menggunakan bahasa penghantar masing-masing.
-   Para pelajar digalakkan berkongsi kemudahan seperti kantin, lapangan perhimpunan, gelanggang permainan dan padang sekolah.

SEJARAH DAN LATARBELAKANG FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Sejarah pendidikan di Malaysia boleh dibahagi kepada beberapa bahagian iaitu sebelum kedatangan British, pendidikan zaman British dan pendidikan selepas merdeka. Sebelum kedatangan British pendidikan di Tanah Melayu pada masa itu adalah bercorak pendidikan agama, madrasah, pendidikan tidak formal, pendidikan istana dan penglipurlara, manakala pada zaman British, pendidikan diperolehi  melalui sekolah agama, sekolah pondok dan sekolah vernikular : Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris. Pendidikan semasa penjajahan Jepun adalah bercorakkan pendidikan yang berorientasikan Negara Jepun. Selepas merdeka banyak perubahan berlaku dalam sistem pendidikan Negara berikutan beberapa laporan pendidikan yang menjadi asas kepada dasar pendidikan Negara.

LAPORAN-LAPORAN DALAM SISTEM PENDIDIKAN NEGARA
  1. LAPORAN CHEESEMAN
Laporan ini merupakan langkah yang diambil oleh kerajaan British untuk membina semula sistem pendidikan negara selepas pendudukan Jepun. Tujuannya ialah untuk mengembangkan setiap sistem persekolahan yang ada.

  1. LAPORAN BARNES
Dikemukakan pada tahun 1949 oleh Jawatankuasa Barnes dengan tujuan untuk menyatukan semua sekolah vernakular. Tujuannya ialah untuk membubarkan sistem sekolah yang berasingan daripadanyn menggantikannya dengan sekolah kebangsaan bagi semua kaum. Menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar, salah satu daripadanya sebagai bahasa kedua. Bahasa Cina dan Tamil terus diajar sebagai matapelajaran sahaja. Rasionalnya ialah untuk menukar bahasa penghantar kepada bahasa Melayu dan Inggeris ialah untuk mencapai perpaduan kaum dikalangan kanak-kanak berbilang kaum.

  1. LAPORAN FENN-WU
Pada 1951, dua orang penasihat pendidikan dari Cina dijemput untuk mengkaji pendidikan Cina di Negara ini iaitu Dr. W. P. Fenn dan Dr. Wu The. Tujuan utamanya ialah untuk merapatkan jurang antara sekolah Cina dengan sistem pendidikan bercorak perpaduan. Ia memberi bimbingan tentang penyediaan buku-buku teks sekolah Cina yang seharusnya mengandungi kehidupan di Tanah Melayu.

  1. ORDINAN PELAJARAN 1952
Ia merupakan sebuah Jawatan kuasa khas yang ditubuhkan untuk mengkaji laporan Barnes dan Fenn Wu. Menghasilkan cadangan berikut :
i.                 Dua jenis sistem persekolahan hendaklah ditubuhkan, satu jenis yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantarnya dan satu jenis sekolah yang lain yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar.
ii.               Pelajaran bahasa Cina dan bahasa Tamil akan disediakan jika terdapat 15 orang murid yang ingin belajar bahasa ibunda mereka.
iii.             Bahasa melayu adalah wajib di sekolah Inggeris manakala bahasa Inggeris adalah wajib di sekolah Melayu.

Cadangan ini dibentangkan di Majlis Perundangan persekutuan dan telah diluluskan pada September 1951 September 1951 dan dikuatkuasakan sebagai Ordinan Pelajaran 1952. Ia menetapkan sekolah kebangsaan sebagai corak sistem persekolahan di Persekutuan Tanah Melayu. Sekolah vernacular Cina dan Tamil tidak diterima sebagai sebahagian sistem persekolahan kebangsaan. Bahasa Cina atau Tamil dicadangkan sebagai bahasa ketiga. Cadangan-cadangan Ordinan Pelajaran 1952 tidak dapat dilaksanakan kerana masalah kewangan. Plihan raya 1955, Parti Perikatan berkuasa dan melaksanakan janjinya untuk memberikan satu sitem pelajaran yang sama bagi semua penduduk.

  1. Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957: Zaman Pengukuhan Pembentukan satu sistem pelajaran kebangsaan. Pengakuan matlamat akhir bahasa Malaysia menjadi bahasa penghantar utama Permulaan kurikulum yang berorientasikan alam sekeliling Malaysia. Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama lagi kukuh bagi semua.


  1. LAPORAN RAHMAN TALIB DAN AKTA PELAJARAN
Zaman kemas kini. Ia merupakan titik permulaan untuk perlaksanaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama dan proses penukaran bahasa pengantar Sistem peperiksaan menggunakan dua bahasa rasmi sahaja iaitu bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. Penekanan diberikan kepada pendidikan vokasional dan teknik untuk keperluan tenaga mahir Negara. Penekanan juga diberikan kepada pendidikan moral dan keagamaan.

6. LAPORAN KABINET 1979
Penegasan kepada pendidikan asas iaitu membaca, menulis dan mengira (3M). Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini. Kurikulum adalah ala Malaysia. Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan iaitu akademik dan vokasional. Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun kepada 11 tahun. Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran serta meningkatkan mutu pelajaran keseluruhannya.

7. RANG UNDANG-UNDANG PENDIDIKAN 1995
Sistem pendidikan kebangsaan dicorakkan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf dunia dari segi kualiti untuk mencapai aspirasi Negara.
Falsafah pendidikan kebangsaan dijadikan landasan kepada dasar pendidikan kebangsaan. Tempoh pendidikan rendah adalah antara 5 hingga 7 tahun. Pendidikan prasekolah sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan.
Pendidikan teknik dan politeknik dipertingkatkan dan peruntukan diadakan bagi mengawal selia pendidikan.

Matlamat Pendidikan Negara bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut :
  1. Percaya dan patuh kepada Tuhan
  2. Berilmu pengetahuan
  3. Berakhlak mulia
  4. Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan Negara
  5. Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu
  6. Memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum
Selain daripada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan seimbang, adalah diharapkan juga melalui proses pendidikan, Malaysia dapat mencapai matlamat pendidikannya, iaitu :

1. Melahirkan rakyat yang bertangungjawab dan boleh memenuhi kewajibannya sebagai seorang warganegara.

2. Menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna, demi memberikan sumbangan terhadap kemajuan dan pembangunan. 

3. Melahirkan rakyat yang boleh memahami dan menerima serta mengamalkan prinsip-prinsip dan cita-cita demokrasi mengikut perlembagaan.

4. Melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cinta kepada Negara.

5. Melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara, dan bersikap toleransi, demi wujudnya perpaduan rakyat berbilang kaum.

6. Mengurangkan jurang perbezaan antara kaum dengan membekalkan kemudahan-kemudahan asas pendidikan kepada golongan yang kurang berada.

IMPLIKASI TERHADAP KURIKULUM

KBSR dan KBSM adalah hasil perubahan yang diaspirasikan dalam Falsafah Pendidikan Negara. Antara perubahan-perubahan yang jelas ialah :

Sukatan pelajaran yang digubal memberi penekanan kepada aspek kesepaduan dan kesinambungan. Oleh itu  konsep-konsep seperti penggabung jalinan (penyatuan kemahiran-kemahiran) dan penyerapan (penyatuan isi) sentiasa dititikberatkan.

  1. Penekanan baru diberi kepada penerapan nilai-nilai murni. Ia seharusnya diserapkan dalam setiap matapelajaran yang di ajar di sekolah.
  2. Program pendidikan disusun agar dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
  3. Program pendidikan yang menitikberatkan pendidikan umum diperkenalkan.
  4. Penekanan diberikan kepada pendidikan teknik dan vokasional.
  5. Penekanan juga diberikan kepada bahasa merentasi kurikulum.
  6. Pemupukan budaya sains dan teknologi terus ditekankan.
  7. Pemupukan budaya keusahawanan dan budaya niaga ditegaskan.
  8. Pengukuhan dan perluasan bahasa Melayu sebagai satu cabang ilmu pengetahuan.
  9. Peningkatan pendedahan dan penguasaan bahasa Inggeris.
  10. Penekanan kepada melahirkan individu yang berkeyakinan diri dan bersikap berdikari.


IMPLIKASI TERHADAP PENDIDIK

Perubahan sikap pendidik dan profesionalnya untuk menjalankan tugas sejajar dengan tujuan dan dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini meliputi :

1. Perubahan sikap peribadi pendidik sendiri dengan pandangan dan visi yang positif terhadap tugasnya untuk merealisasikan tujuan dan cita Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
2. Perubahan profesional dengan mengubah strategi dan teknik pengajarannya yang sesuai untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, berketerampilan serta berakhlak mulia.

IMPLIKASI TERHADAP INSTITUSI PENDIDIKAN

Perubahan organisasi sekolah ke arah mewujudkan situasi yang sesuai untuk melahirkan pelajar-pelajar mengikut tujuan dan cita FPK. Ini meliputi :

1. Perubahan kemudahan-kemudahan supaya pelajar-pelajar mendapat peluang mengembangkan potensi mereka dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani, secara menyeluruh dan seimbang.

2. Perubahan aktiviti budaya sekolah yang kondusif untuk memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar.

3. Perubahan iklim sekolah yang kondusif untuk melahirkan pelajar-pelajar yang mencintakan ilmu dan seterusnya membentuk budaya membaca di kalangan mereka.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara (FPN) merupakan dasar kepada pendidikan di Malaysia.

Berikut adalah teks lengkap Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara."

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. Kami guru-guru Malaysia yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggung jawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa penting usaha menuju kepada arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang percaya kepada demokrasi, kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip Rukun Negara.

Matlamat Falsafah Pendidikan Guru

-Membina insan guru yang berakhlak mulia, berilmu, kreatif dan berdaya tahan yang boleh mendidik murid-murid dengan cekap dan berkesan.
-Mengembangkan maktab perguruan sebagai pusat rujukan dalam bidang keguruan
-Meningkatkan pengetahuan dan kecekapan guru terlatih secara berkesan.- Mengeluarkan guru permulaan yang mencukupi untuk sekolah-sekolah rendah dan menengah di Malaysia.

 FALSAFAH PENDIDIKAN YANG UNGGUL

"Pendidikan di dalam negara sewajaranya adalah berpaksikan Islam. Ia merupakan satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah dan warganegara yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat".

Pendidikan mempunyai tujuan yang besar dan komprehensif. Pendidikan mengambilkira keseluruhan hidup manusia dari aspek fizikal, rohani, intelek, akhlak dan keindviduan. Ia menyediakan insan yang soleh. Agama tidak boleh dipisahkan dari pendidikan. Ilmu dunia dan akhirat berjalan serentak.

Setiap sistem pendidikan haruslah dibina berdasarkan aspek metafizik, epistemologi dan aksiologi. Dengan adanya hubungkait perkara tersebut,barulah falsafah pendidikan dianggap unggul. Melalui pengalaman sedia ada terdapat kekurangan dalam Sistem Pendidikan Negara.

 “Sistem pendidikan merupakan wadah utama untuk membentuk identiti anak bangsa, menjadi alat terpenting untuk menjayakan pembangunan negara, berfungsi sebagai wahana yang kukuh untuk mencapai perpaduan serta kesejahteraan bangsa dan negara”.

“Memikirkan tentang tujuan-tujuan pendidikan, memikirkan jenis manusia, jenis ketrampilan, jenis matlamat yang paling sesuai untuk menjamin kesejahteraan sosial dan mutu kewujudan tamadun (bangsa)”.

Pernyataan Wan Zahid pada tahun 1998 seperti di atas menjelaskan lagi keperluan dan kepentingan Falsafah Pendidikan Negara itu dibina atas asas-asas yang akan dibincangkan dengan lebih lanjut lagi.

 ASAS-ASAS PENTING DI DALAM PEMBINAAN FALSAFAH PENDIDIKAN

Di dalam usaha merangka falsafah pendidikan yang unggul, perlulah diperhatikan beberapa perkara penting. Di antaranya ialah Metafizik, Epistimologi dan Aksiologi.

Metafizik /Ontologi
Ia merupakan kajian mengenai realiti dan memberi tumpuan terhadap sifat-sifat kewujudan. Ia mempersoalkan perkara-perkara yang berkaitan dengan alam, jiwa/roh dan kehidupan. ‘Meta’ - bersifat kerohanian dan ‘fizik’ - bersifat organisme kebendaan iaitu alam, jiwa/roh dan ketuhanan.

Epistimologi
Ia adalah teori pengetahuan dan perihal mengetahui. ‘Episteme’ – pengetahuan dan ‘Ologi’ – kajian mengenai.

Aksiologi
Ia merupakan kajian mengenail nilai yang melibatkan dua aspek iaitu Etika dan Estetika.

Etika ialah satu bentuk perhatian kepada kualiti moral iaitu tingkahlaku manusia, contohnya, memberi salam, bersalam, hormat-menghormati dan lain.

Estetika ialah perhatian terhadap seni dan keindahan segala perkara dan kejadian (terpengaruh kepada elemen persepsi atau tanggapan deria dalam membuat pertimbangan) contohnya kecantikan, bentuk/warna sesuatu benda seperti artifak atau lukisan dan lain-lain yang memperlihatkan tentang pengamatan seseorang.

Gabungan ketiga-tiga aspek ini amat perlu diambil kira untuk membina dasar sebuah falsafah pendidikan kerana aspek-aspek inilah yang akan menentukan tercapai atau tidak sesebuah falsafah pendidikan itu.

        Matlamat falsafah ini adalah untuk mewujudkan suatu proses pendidikan yang bersepadu  dan seimbang antara rohani dan  jasmani, agama dan akademik.

Falsafah pendidikan ini hendaklah diaplikasikan ke dalam semua matapelajaran di sekolah. Contohnya di dalam mata pelajaran Sains yang mana, pelajaran ini amat diminati oleh kebanyakan pelajar. Melalui pelajaran ini, guru yang menghayati falsafah pendidikan unggul ini akan mengaitkan pelajaran Sains dengan bidang keagamaan iaitu mata pelajaran Al-Quran, Tauhid, Sirah dan Akhlak Rasulullah S.A.W dan sahabat-sahabat baginda. Di dalam Al-Quran juga pelbagai ayat yang menceritakan tentang ilmu yang berkaitan dengan Sains.  Dari itu, akan lahirlah saintis yang celik Al-Quran yang bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan tanahair.

 Sistem pendidikan di Malaysia telah terbukti selepas 54 tahun merdeka masih gagal melahirkan pelajar-pelajar yang menjadi insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Pelbagai gejala sosial telah menular bermula di era 90an. Kes buang bayi, sumbang mahram, budaya lepak, isu bohsia dan bohjan, gangsterisma, mat dan minah rempit, pengkid, gigolo, budaya punk, clubbing dan pelbagai lagi semakin menjadi-jadi. Kegagalan sistem pendidikan sekarang adalah kerana pihak kementerian telah menjadikan pendidikan lebih berorentasikan kepada peperiksaan. ini terbukti pelajar-pelajar lebih kepada menghafal mata pelajaran daripada memahami mata pelajaran tersebut. Kebanyakan pelajar samasekali tidak menghayati dan jauhsekali untuk mempraktikkan apa yang telah mereka pelajari. Lebih-lebih lagi bagi matapelajaran agama.

 Pendidikan moral disekolah rendah selama 6 tahun telah gagal melahirkan insan yang berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Sehingga masih ramai pelajar-pelajar yang terpengaruh dengan budaya dari luar yang merosakkan keperibadian mereka sebagai rakyat Malaysia yang berakhlak tinggi.

Falsafah pendidikan yang unggul ini diharapkan dapat mengembalikan semula kegawatan sosial yang melanda negara Malaysia secara amnya dan dunia Barat umumnya yang menjadi budaya dan ikutan masyarakat Malaysia.  Kerana, tanpa agama manusia buta dan tanpa ilmu manusia pastinya sengsara. Ilmu, iman dan amal adalah lambang kejituan pengukuhan individu di dalam menghayati dan mempraktikkan kehendak falsafah pendidikan yang unggul.

               Apabila kehendak falsafah pendidikan berpaksikan Islam diamalkan di dalam diri individu maka, lahirlah insan seperti lagu dan Ikrar berikut…..

LAGU GURU MALAYSIA

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

IKRAR GURU

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.
Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.

MENUJU WAWASAN

Umat Islam harus cemerlang
Hari ini mesti lebih baik dari semalam
Jangan buang masa
Siapa kata kita tidak boleh
Kita ada Allah Maha Kuasa
Kita punya kuasa tenaga
Do’a sebagai senjata
Umat Islam sentiasa boleh
Umat Islam sentiasa boleh

Umat Islam zaman lampau
Taat perintah Rasulullah
Bersama berusaha
Bersatu tuju wawasan
Dunia dan Akhirat
Wawasan dunia dan Akhirat
Akhirnya Islam cemerlang seluruh dunia

Wawasan diri
Penuhi dada dengan ilmu
Wawasan agama bekalan masa depan dan Akhirat
Kuat usaha
Jujur dan amanah
Sentiasa mengharapkan keredhaan Allah

Aqidah ibadah harus sempurna
Ibadah tanpa aqidah wawasan syaitan
Ulamak warisan ambiyak
Pegangan mereka harus diikut
Ajaran sesat wajib hindari


 RUJUKAN

  1. Jurnal FALSAFAH PENDIDIKAN, DPI UTM Space oleh Tuan Haji Hassan Bin Hussin.
  2. BUKU TAMADUN ISLAM, keluaran Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.
  3. HURAIAN KURIKULUM PRASEKOLAH KEBANGSAAN, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA, 2003 (dari Internet).

No comments:

Post a Comment