SOAL JAWAB SUBJEK ISU SEMASA SAINS HAYAT
1. Banding beza
antara sel haiwan dengan sel tumbuhan (sertakan dengan lukisan)
SEL TUMBUHAN
|
SEL HAIWAN
|
1.
Biasanya
lebih besar berbanding sel haiwan.
2.
Mempunyai
bentuk yang tetap.
3. Mempunyai
dinding sel yang terdiri daripada selulosa.
4. Mempunyai
pigmen klorofil yang tidak ada dalam sel haiwan.
5.
Mempunyai
vakuol.
6. Menyimpan
tenaga dalam bentuk biji (granul) kanji.
|
1. Sel
haiwan tidak mempunyai bentuk yang khusus.
2.
Tidak
mempunyai dinding sel.
3.
Tidak
mempunyai pigmen klorofil.
4. Tidak
mempunyai vakuol kecuali pada haiwan unisel peringkat rendah.
5. Menyimpan
makanan dalam bentuk biji (granul) glikogen.
|
2. Jelaskankan secara ringkas aplikasi Osmosis dalam kehidupan
seharian berikut:
(a) Penyerapan air oleh akar tumbuhan
Tanaman memerlukan air dari
dalam tanah. Air tersebut diserap oleh tanaman melalui akar. Tanaman mengandung
zat-zat terlarut sehingga konsentrasinya lebih tinggi daripada air di sekitar
tanaman sehingga air dalam tanah dapat diserap oleh tanaman.
(b) Penyimpanan
makanan secara pengeringan dan menjeruk
Proses Penjerukan :
· Makanan direndam dalam larutan cuka atau
larutan gula pekat. Ia bertujuan untuk memastikan bakteria atau kulat tidak
boleh hidup dalam larutan cuka (asid) dan larutan gula pekat.
·
Rasa makanan berbeza dan kurang berkhasiat.
Proses pengeringan :
·
Air akan hilang dari makanan dan mikroorganisma
akan mati atau tidak aktif.
·
Terdapat dua cara untuk mengringkan makanan
iaitu :
o Mengeringkan makanan di bawah cahaya
matahari yang terik.
o Memanaskan makanan pada suhu yang
tinggi.
Keburukan : makanan menjadi kurang
berkhasiat kerana setengah zat mungkin hilang semasa proses itu.
Contoh : Ikan kering, cili kering
dan buah-buahan.
(c) Tumbuhan mati akibat terlebih baja atau garam
·
Penggunaan baja kimia secara berlebihan boleh
menyebabkan tumbuhan menjadi layu.
· Baja akan melarut di dalam air dalam tanah
dan menyebabkan air tanah menjadi hipertonik terhadap sap sel akar tumbuhan.
·
Air meresap daripada sap sel ke dalam tanah
secara osmosis.
· Sel tumbuhan akan kehilangan air ke
persekitaran, menyebabkan sel menjadi flasid dan mengalami plasmolisis.
·
Ini menyebabkan tumbuhan mati kerana tiada
sokongan kepada tumbuhan.
(d) Proses dialisis
- Rawatan Hemodialis ialah kaedah darah pesakit dialirkan melalui mesin buah pinggang buatan yang dihubungkan dengan sistem peredaran pesakit untuk mengeluarkan sisa-sisa perkumuhan tubuh.
- Darah yang bersih seterusnya akan dikembalikan kepada tubuh selepas proses penapisan selesai, manakala kreatinina, urea dan sisa perkumuhan lain dan bendalir berlebihan akan disingkir daripada darah melalui proses resapan dan osmosis.
- Rawatan ini biasanya dilakukan di hospital atau pusat dialisis sebanyak tiga kali seminggu selama empat hingga lima jam bagi setiap sesi.
(e) Pengeringan
(dehydration) badan akibat minum air laut
·
Air
laut adalah hypertonic bagi sel tubuh manusia, sehingga minum air laut boleh
menyebabkan dehidrasi.
2. Terangkan apa itu RO dan kegunaan RO dalam kehidupan harian hari ini
Reverse osmosis (RO) ataupun Osmosis terbalik adalah suatu kaedah
penyaringan yang dapat menyaring berbagai molekul besar dan ion-ion dari suatu
larutan dengan cara memberi tekanan pada larutan ketika larutan itu berada di
salah satu sisi membran seleksi(lapisan penyaring). Osmosis terbalik amat
diperlukan untuk merawat air minuman kerana terdapat banyak pencemaran yang
wujud di dalam sumber bekalan air.
3. Jelaskan bagaimana karbohidrat dan protin dicernakan
bermula dari mulut sehingga diserap di usus kecil. Sertakan jawapan anda dengan
menamakan semua enzim yang terlibat dan
hasil-hasil setiap proses pencernaan.
Karbohidrat
dan protin dicernakan melalui lima fungsi asas sistem percernaan manusia bermula
dari mulut ke dalam perut seterusnya melalui penyerapan di usus kecil melalui cara
berikut :
PENGINGESAN
•
Pengambilan makanan ke dalam badan
•
Berlaku penghuraian makanan daripada bentuk kompleks kepada bentuk lebih kecil.
PERISTALSIS
•
Proses ini bergerak di sepanjang salur percernaan melalui pengecutan otot.
•
Makanan yang dimakan dari mulut akan disalurkan sehingga ke anus.
PENCERNAAN
•
Proses percernaan ini boleh dilihat dari dua aspek iaitu secara fizikal dan
secara kimia.
PENYERAPAN
•
Menyerap makanan yang terlarut ke dalam salur darah seperti karbohidrat dan
protein.
•
Vitamin. Garam mineral dan air turut diserap ke dalam tubuh badan.
PENINJAAN
• Proses ini
berlaku di anus yang mana akan berlakunya penyingkiran makanan yang tidak
dicerna dari badan.
Enzim yang terlibat dan hasil-hasil setiap proses adalah
seperti berikut :
·
Enzim
pepsin menghidrolisiskan protein kepada polipeptida besar Protein dan air
pepsin Polipeptida besar.
·
Enzim
renin mengentalkan susu, iaitu kaseinogen (protein susu larut) ditukarkan
kepada kasein (protein susu tidak larut). Kasein seterusnya dicernakan oleh
enzim pepsin renin Kaseinogen Kasein.
PROSES
PENGURAIAN KARBOHIDRAT
Berlaku di dua bahagian tubuh badan
iaitu di mulut dan usus kecil.
- Kelenjar parotid yang terdapat di dalam rongga mulut akan merembeskan enzim amilase untuk bertindak balas dengan makanan berkarbohidrat yang telah dimakan.
- Karbohidrat ditukarkan menjadi laktosa, maltose dan sukrosa .
- Laktosa, maltose dan sukosa ini masih bersaiz besar.
- Enzim maltase, sukrase dan lactase menghidrolisiskan molekul ini menjadi lebih kecil supaya boleh diserap oleh badan.
Proses penguraian ini berlaku dengan :
- Enzim maltase menghidrolisikan maltose kepada glukosa.
- Enzim sukrase menghidrolisikan sukrosa kepada glukosa dan fruktosa.
- Enzim laktase pula menghidrolisikan laktosa menjadi galaktosa dan glukosa.
PROSES
PENGURAIAN PROTEIN
Pencernaan
protein berlaku di dua tempat iaitu di perut dan usus kecil.
Perut
:
- Jus gastrik akan dirembeskan oleh dinding perut yang mana jus ini mengandungi gabungan asid hidroklorik dan beberapa enzim pencernaan protein (renin dan pepsin).
- Protein dengan tindak balas pepsin akan menguraikan protein kepada molekul polipeptida besar.
·
Enzim
renin ini akan menukarkan protein susu (kaseinogen) kepada kasein
Usus kecil :
- Enzim pancreatic amylase dirembeskan oleh organ pankreas.
- Enzim pancreatic amylase iaitu tripsin bertindak balas ke atas polipeptida besar dan menukarkannya kepada polipeptida kecil dan peptide kecil.
·
Dengan
tindak balas brush border enzymes seperti aminopeptidase, carboxypeptidase dan
dipeptidase ke atas polipeptida kecil dan peptide kecil akan menghasilkan
produk akhir pencernaan protein iaitu amino asid.
RUJUKAN
- Laman sesawang : Nortex (2010), PerbezaanSel Haiwan & Tumbuhan Struktur Sel diakses pada 2.30 pagi 14/02/2015.
- Laman sesawang : Zaitie Satibi (2014), Rawat pesakit ginjal tahap akhir diakses pada 3 :07 pagi 14/02/2015.
PENULIS :
Nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu iEta
Suri Rumah sepenuh masa.Lepasan Pondok dan UTMSpace.
Mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Resign sebab sakit kronik Slipped Disc.
Sambilan isi masa lapang berniaga, Freelance Blogger, Social Media Expert Coach & Speaker Digital Marketing.
Panji Alam Nusantara : Hal-Ehwal ISLAM, ALAM, SURVIVAL dan NUSANTARA. BANTERAS aniaya, penipuan (scammer), syirik dan kesesatan.
MINIGRAM
Puisi iEta
Minda Niaga
Kisah Cikgu iEta
Panji Alam Nusantara
Social Media Expert Coach
SocMed & WEBLOG
You Tube
BlogiEta.com
Dunia Niaga iEta
RahsiaSocialMedia.Blogspot.com
PanjiAlamNusantara.Blogspot.com