Sunday, December 1, 2013

Sirah Nabawiyyah Part 1

Assalamu'alaikum.

Pembelajaran Sirah Nabawiyyah menjadi subjek yang menarik bagi saya pada semester ini. Pensyarah begitu sporting dan memberi ilmu dengan penuh tertib membuatkan jiwa saya semakin ingin tahu walaupun semasa bersekolah rendah agama dahulu, saya telah pun mempelajarinya tetapi tidaklah secara terperinci. 

Pasti Ramai yang Tertanya-tanya, Apakah Sirah Nabawiyyah? Baiklah, apa yang saya ingin Kongsikan adalah apa yang telah saya pelajari pada hari ini. Sirah Nabawiyyah  merupakan Gambaran Kehidupan, Personaliti Watak dan orang Arab.

Nabi Muhammad saw Merupakan Contoh yang Sempurna dari Kanak-Kanak hingga Dewasa dan sebagai Utusan yang Membawa rahmat.

Antara Akhlak Rasul yang Terpuji Ialah:
  1. Tawadhuk.
  2. Belas kasihan.
  3. Kasih sayang.
  4. Pemaaf.
  5. Murah hati.
  6. Sopan.
  7. Ikhlas.
  8. Jujur.
  9. Saksama.
  10. Adil.
  11. Menepati janji.
  12. Wara '.
  13. Bersederhana.
  14. Tabah.
  15. Berani.
  16. Gagah.
  17. Berjenaka.

Definisi Al-Sirah

Pada Bahasa , Al-Sirah Bermaksud jalan (ath-Thariq) / Keadaan, Kisah / Sejarah.

Al-Sirah berasal dari perkataan walked, walking.

Ia juga disebut sebagai  Maghazi ( Al-Maghazi) ataupun Street (Syari ') Iaitu  Sejarah Hidup Seseorang Iaitu Perihal Seseorang.

Kata sirah biasanya digunakan untuk menyebut tentang sirah Nabi saw (As-Sirah An-Nabawiyyah) seperti kitab Sirah Nabi saw yang dikarang oleh Ibn Ishaq (wafat pada 153 H), al-Waqidi (wafat pada 209 H), Ibn Hisyam (wafat pada 218 H) dan Ibn Saad (wafat pada 230 H).

Di Sudut Istilah  pula, Al-Sirah Merupakan Pengenalan Terhadap Peribadi Rasulullah saw Dalam Semua Aspek Kehidupan Sejak Munculnya Tanda-Tanda Kerasulan Sebelum Baginda Dilahirkan, Sejarah Kelahiran, Perkembangan Kehidupannya, Hinggalah Baginda Diangkat sebagai rasul, Cabaran Menghadapi Dakwah, Peperangan yang Dilalui, Pengikut dan penentangannya hingga akhirnya Islam tegak di bumi ini.

Definisi Al-Tarikh

Pada Bahasa , Al-Tarikh Bermaksud Sejarah masa Lampau.

Di Sudut Istilah  pula, Al-Tarikh Diambil dari Penjelasan Imam As-Sakhawi.

Tarikh digunakan untuk membatasi peristiwa pada satu masa dari aspek penentuan dan waktu terjadinya peristiwa itu.
Perbezaan Sirah dan Tarikh

Ia amat berbeza dari segi Makna (seperti yang diterangkan di atas). Sumber (Dari Al-Quran, sunnah dan riwayat yang muktabar (terkemuka)).

Aspek Kebenaran sebagai contoh, cerita-cerita dari Yahudi yang dipanggil kisah Israelliat. Di mana, kebanyakan kisah-kisah ini ditokok tambah menjadi pembumbu penyedap cerita dan lebih malang lagi, ramai pendakwah yang menggunakan kisah-kisah ini di dalam ceramah-ceramah mereka. 

Antaranya: 
Kisah sahabat Nabi saw saidina Umar membunuh anaknya dan kisah beliau menjatuhkan hukum had (hudud) kepada anak lelakinya, Ubaydullah.

Haruslah diingat ... sejarah tidak semestinya betul.

Tujuan Mempelajari Sirah

Ramadhan Said Menjelaskan, Tujuan Mempelajari Sirah Adalah Seperti Berikut:

1. Memahami peribadi Rasulullah saw yang sebenar.

Kita mengaku cintakan Rasulullah saw, kita sambut hari kelahirannya saban tahun tetapi masih tidak kenal dan faham peribadi baginda. Rugikan? Mempelajari Sirah Nabawiyyah akan meningkatkan tahap kecintaan kita kepada baginda.

2. Gambaran ideal dalam semua aspek.

Baginda menjadi qudwah hasanah iaitu role model atau teladan iaitu idola sepanjang zaman. Bukannya artis-artis dan penghibur-penghibur Barat yang perlu dijadikan idola.

3. Memahami isi kandungan Al-Quran.

Mempelajari Sirah Nabawiyyah yang merujuk sumber utama iaitu Al-Quran dapat memberi kefahaman yang lebih jelas tentang isi kandungan Al-Quran seterusnya meningkatkan keimanan dan mengukuhkan aqidah.

4. Dicontohi oleh para da'i (pendakwah) atau pendidik.

Sewajarnya setiap manusia merupakan pendakwah kerana kita dituntut untuk berdakwah (menyampaikan). Guru juga merupakan pendakwah. Jadi, Secara tidak Langsung, Sirah Nabawiyyah  ini Dapat Menjadi Contoh Kepada para Da'i dan yang Pendidik Cintakan Islam dan sunnah Rasulullah saw.

"Tahukah anda kisah pemuda yang tidur di katil Baginda ketika proses permulaan hijrah adalah rekaan syiah? Pemuda itu dijulang kerana berani namun pengorbanan seorang dewasa dan 2 orang anaknya tidak ditonjolkan sebagaimana keberanian anak muda itu." Ustaz  Nik Mohd Zaim Ab Rahim

Jika saya silap, sila perbetulkan. Terima kasih. ☺️

Sumber: Nota Pensyarah (Catatan sendiri). (1/12/2013). Sirah Nabawiyyah. Kuala Lumpur : UTMSpace.